Sunday, 4 March 2012

Kerjaya tu apa ya???

Semasa di bangku sekolah rendah, kakak tidak memahami apa itu kerjaya. Orang yang paling banyak menyemai minat untuk memikirkan kerjaya pilihan ialah ibu dan bapa kakak. Dahulu, tidak ada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang akan membantu dan membimbing hala tuju kerjaya kakak. Oleh itu, timbullah pelbagai cita-cita kakak...nak jadi doktor lah, nak jadi peguam lah, nak jadi cikgu dan macam-macam lagi.

Okey, oleh itu, untuk membantu adik-adik kakak jelas tentang maksud kerjaya...jom kita 'share' apa itu kerjaya... 

KERJAYA ialah merangkumi Kerja + Minat + Kepuasan = untuk kita mencintai kerjaya yang kita pilih, kita mestilah mempunyai minat yang mendalam dan seterusnya kita akan memperoleh kepuasan dengan apa yang telah kita lakukan. 

Menurut Zunker (2006) KERJAYA merujuk kepada aktiviti dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.

Sebelum memilih satu-satu kerjaya sebagai fokus utama...adik-adik mestilah mempunyai minat terhadap kerjaya tersebut...bila takde minat, macammana nak dapat kepuasan dalam kerjaya tu..bukan sehari kita akan bekerja..malahan hampir 30 tahun lamanya..Buatlah pertimbangan yang sebaiknya dalam kehidupan masing-masing..semoga input ni mampu menjadi titik permulaan untuk semua melakar kerjaya dalam kehidupan adik-adik...stay tune okeyy...byeeee =)

No comments:

Post a Comment