Wednesday, 7 March 2012

Jom 'start' Rancang Kerjaya!


~ PERANCANGAN MASA DEPAN ~

Assalamualaikum semua....hye adik-adik...! Harapnya semuanyaaa sihat hendaknya...Adik-adik mesti dah sedia maklum, seseorang manusia yang 'enjoy' dengan kerjaya mereka adalah lebih produktif, bermotivasi, bersemangat dan semestinya lebih berjaya dalam kerjayanya...setuju tak??? :) Itulaah sebabnya PENTINGnyaaa untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan minat, bakat dan kebolehan adik-adik supaya adik-adik lebih mudah dan bergembira dengan kehidupan mendatang... Kakak akan mula berkongsi dan memberikan tips-tips yang dapat adik-adik gunakan untuk merancang masa depan! Haaaa...walaupun adik-adik dah ada perancangan kerjaya masa hadapan, tips-tips yang akan kakak kongsikan bersama adik-adik akan membantu adik-adik memilih yang terbaik untuk pilihan masing-masing...syokkk kan?? hehe...;) Sekiranya adik-adik masih lagi runsing untuk memilih sama ada "science stream" atau "arts"...kakak akan membantu adik-adik meneroka semua pilihan yang adik ada dan adik seterusnya dapat memilih kerjaya yang betul-betul sesuai dengan diri adik-adik...

Perancangan Kerjaya adalah suatu kemahiran merancang jangka masa panjang yang dapat membantu adik-adik dalam pendidikan dan peluang-peluang yang ada. Pembinaan kemahiran daripada sekarang akan memberikan satu kepuasan kepada kehidupan adik-adik secara keseluruhannya..Okeyyyy, hope to hear from you soon!!! =)


Sunday, 4 March 2012

Kerjaya tu apa ya???

Semasa di bangku sekolah rendah, kakak tidak memahami apa itu kerjaya. Orang yang paling banyak menyemai minat untuk memikirkan kerjaya pilihan ialah ibu dan bapa kakak. Dahulu, tidak ada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang akan membantu dan membimbing hala tuju kerjaya kakak. Oleh itu, timbullah pelbagai cita-cita kakak...nak jadi doktor lah, nak jadi peguam lah, nak jadi cikgu dan macam-macam lagi.

Okey, oleh itu, untuk membantu adik-adik kakak jelas tentang maksud kerjaya...jom kita 'share' apa itu kerjaya... 

KERJAYA ialah merangkumi Kerja + Minat + Kepuasan = untuk kita mencintai kerjaya yang kita pilih, kita mestilah mempunyai minat yang mendalam dan seterusnya kita akan memperoleh kepuasan dengan apa yang telah kita lakukan. 

Menurut Zunker (2006) KERJAYA merujuk kepada aktiviti dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.

Sebelum memilih satu-satu kerjaya sebagai fokus utama...adik-adik mestilah mempunyai minat terhadap kerjaya tersebut...bila takde minat, macammana nak dapat kepuasan dalam kerjaya tu..bukan sehari kita akan bekerja..malahan hampir 30 tahun lamanya..Buatlah pertimbangan yang sebaiknya dalam kehidupan masing-masing..semoga input ni mampu menjadi titik permulaan untuk semua melakar kerjaya dalam kehidupan adik-adik...stay tune okeyy...byeeee =)

Saturday, 3 March 2012

Kerjaya..ohh..kerjaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

   



    Bilakah masa yang sesuai untuk bincangkan tentang kerjaya kita ya? Seawal usia kah? Di bangku sekolah? ataupun setelah peroleh 'result' peperiksaaan nanti..???hurmmmmm...mesti ramai yang pilih selepas dapat 'result' kan...kan..kan...??? Kalau itulah pilihannya, rugiiiiiiiiiiiiilaaaaahhh kita....jom ikut blog ini untuk kita terokai kerjaya anda...jgn tunggu-tunggu untuk bina matlamat kerjaya anda =) Beruntunglah anda sekiranya dapat membina matlamat kerjaya dari sekarang...jom..jommm!!