Monday, 23 April 2012

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAJAAN PROGRAM KHAS JPA TAHUN 2012 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Assalamulaikum adik-adik yang disayangi...
berminat tak nak lanjutkan pelajaran ke Perancis, Jerman, Jepun dan Korea???
Haa..apa lagi cuba baca link yang kakak bagi ni..


Terutamanya yang berminat nak melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan...Bestnyaa dapat melanjutkan pelajaran di negara luar...cubalah mohon adik-adik, semoga ada peluang dan rezeki adik-adik di sana..amin...=)


PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA PROGRAM MATRIKULASI SESI 2011/2012

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi bertemu di ruangan blog ni...bersyukurnya kakak bila ramai adik-adik bertanya bagaimana nak menghadapi ujian temuduga baru-baru ini...Alhamdulillah, semua memberikan maklum balas yang baik apabila semuanya memperoleh maklumat temuduga dalam blog ini...Jazakallah..ok, hari ini kakak nak kongsi dengan semua blogger tentang satu lagi pengumuman yang pastinya ditunggu-tunggu oleh adik-adik lepasan SPM ni kan...=) InsyaAllah, mohon ada rezeki untuk semua...amin...

Tarikh untuk semak keputusan ke Matrikulasi bermula 25 April 2012 ni..lusa je kan..haa, get ready semua!!! ohhh yeahhh!!!!...ok, kat sini, kakak nak kongsi link dengan adik-adik supaya semua dapat akses untuk check result nya yea....

http://www.moe.gov.my atau hubungi...Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03 - 8884 4036 / 4040 / 4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja). 


* Semoga semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...sayang semua!

Saturday, 21 April 2012

JOB VS CAREER


It’s easier to have a job than have a career. Can you tell the difference??


Continuous development

A career involves planning, having milestones to overcome and goals to achieve. There is a lot of development happening at the start, in the middle or nearing the peak of a career, whereas in a job, your first day and your last day is pretty much the same. It is also easier to find a replacement for you when you leave.

You climb or you plateau
When you don’t  want  a career, you can job hop from one place to another with ease and think nothing of it. A person who is serious about having a career will see every job as a learning avenue, a networking opportunity or a step up the career ladder. You have your goal in sight or a success platform whereby when you reach it, you can consider yourself to have achieved your ambition.

Making the switch
When you give up a job, you let go of that option and you seek out another one. When you give up a career, you are exiting the line of work that you have spent possibly a decade in, carrying with you the skills, knowledge and experience you obtained during that part of your work life.  There are people who give up one career to start a totally new one, probably one that they find their true passion in. In this switch, the knowledge and skills are somewhat relevant, but the new writer will have to rebuild his or his networks and reputation to seek out new opportunities.

Personal satisfaction
A person in a job may get all the aspects in their live figured out financially but when it comes to personal worth, the values they hold dear,and  finding purpose in what they do, a job may not be enough. With a career, you can craft your own roadmap and decide on your own happy ending.

Monday, 9 April 2012

Penampilan Itu Penting!!!!

~ Etika Berpakaian Semasa Menghadiri Temuduga ~





Jom!!! Ambil tahu.....Tip Temuduga




         Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?
Kejayaan awal 
 Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.
Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.

Setkan bahawa:

Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.
Persiapan awal: Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.
Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.
Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.
Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.
No perfume, please!
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
Dapatkan gambaran isu semasa
Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.
Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.
Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.

Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.


Harapan saya..semoga ia membantu anda!!!