Tuesday, 15 May 2012

~Empat Tarikh Penting~

Assalamualaikum...
Pastinya ramai yang dok tnya dan nak tau bila boleh tau keputusan rayuan, semakan lepasan diploma, matrikulasi, asasi, dan STPM ke IPTA kan...
 Okaayyy, kakak ada dapat beberapa info dan maklumat terkini untuk dihebahkan kepada adik-adik semua... =)

1. Tarikh tutup rayuan pelajar lepasan SPM mohon ke IPTA/ Politeknik Premier
     - 18 MEI 2012

2. Tarikh hebahan keputusan permohonan pelajar lepasan SPM ke TEVT   
     (Politeknik Konvensional) / ILKA - 30 MEI 2012.

3. Tarikh keputusan rayuan pelajar SPM mohon ke IPTA/ Politeknik Premier
     - Minggu ke dua JUN 2012

4. Tarikh hebahan keputusan permohonan pelajar lepasan STPM/    
      MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA dan setaraf ke program Ijazah IPTA
     - Minggu ke dua JULAI 2012



SUMBER : UPU (BPKP JPT)


Sabar menunggu ye adik-adaikku sekalian...stayyy tune~!

Tuesday, 8 May 2012

Apa itu STPM??




Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.
STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.


* Haa...hebat tak STPM tu??? sijilnya diiktiraf oleh negara Komanwel..

*~IPTS vs FORM 6~*

Assalamualaikum adik-adik sekalian..
kakak terpanggil untuk menulis blog apabila ada segelintir pelajar
 yang agak sedih apabila semakan ke IPTA baru-baru ni mendukacitakan..
Jangan bimbang wahai adik-adikku sekalian, 
Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk adik-adik yang dikasihi...
 Oleh itu, ramai yang bertanyakan kakak tentang IPTS-IPTS yang ada...
ramai jugak yang menolak untuk ke Tingkatan Enam...
Apapun pilihan adik-adik, kakak harap adik-adik telah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk masa depan semua...
Jangan putus asa dengan keputusan hari ini...pastinya ada sesuatu yang menunggu di hujung sana..

Okeyyy, kat sini kakak nak berikan sedikit ruang dan informasi pada adik-adik sekalian untuk membuat timbang tara sama ada ke IPTS ataupun di Tingkatan Enam..
Kakak mulakan dengan Kelebihan Tingakatan Enam.. Sumber daripada :: 


Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
Kos Biaya
Yuran Sekolah + Buku Rujukan  = ( kurang RM 600)
Peluang Ke Ijazah
  • Lulus 2.8 ke atas
  • Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Peluang Kerja
Boleh memohon pekerjaan kerajaan & swasta
Taraf Sijil STPM
A - Level
  • Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
  • Dapat memohon jawatan diploma.
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan universiti di serata dunia
Kiraan pointer
2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma
Pengalaman
Lebih berpengalaman apbila tiba di Universiti
  1. Pengalaman memegang jawatan di sekolah
  2. Pengalaman dalam presentation
  3. Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak
  4. Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya
Jawatan
Ditawarkan jawatan oleh pihak sekolah seperti:
  1. Ketua Pelajar
  2. Ketua PSS
  3. Pengerusi Kelab & Sukan
  4. Majlis Pewakilan Pelajar (MPP )
Kokurikulum
10 % markah Ko akan diambil kira kemasukan ke Universiti
  1. Biasanya pelajar tingkatan 6 mendapat 6% & 7% ke atas
  2. Jawatan Pengerusi, Ketua Kadet, Ketua Pasukan ditawarkan       
Kejayaan STPM
 Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain – lain.


Semoga apa yang kakak kongsikan boleh membantu adik-adik..ayuhhhh!!!!!!! Bangun..perjalanan adik-adik baru bermula...teruskan langkah sehingga sampai ke tempat yang hendak dituju....=)



Sunday, 6 May 2012

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA & POLITEKNIK


Keputusan Permohonan ke IPTA & Politeknik untuk Lepasan SPM boleh disemak mulai

 jam 12 tengah malam 7 Mei 2012.

Macamana nak check??? oke...

Taip : UPU RESULT [No KP] & SMS ke 15888

Semoga info ini membantu lepasan SPM yang tertunggu-tunggu keputusan UPU..
Good Luck untuk semua..
semoga ada rezeki anda di sini...InsyaAllah..=)