Tuesday, 8 May 2012

*~IPTS vs FORM 6~*

Assalamualaikum adik-adik sekalian..
kakak terpanggil untuk menulis blog apabila ada segelintir pelajar
 yang agak sedih apabila semakan ke IPTA baru-baru ni mendukacitakan..
Jangan bimbang wahai adik-adikku sekalian, 
Allah dah janjikan sesuatu yang lebih baik untuk adik-adik yang dikasihi...
 Oleh itu, ramai yang bertanyakan kakak tentang IPTS-IPTS yang ada...
ramai jugak yang menolak untuk ke Tingkatan Enam...
Apapun pilihan adik-adik, kakak harap adik-adik telah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk masa depan semua...
Jangan putus asa dengan keputusan hari ini...pastinya ada sesuatu yang menunggu di hujung sana..

Okeyyy, kat sini kakak nak berikan sedikit ruang dan informasi pada adik-adik sekalian untuk membuat timbang tara sama ada ke IPTS ataupun di Tingkatan Enam..
Kakak mulakan dengan Kelebihan Tingakatan Enam.. Sumber daripada :: 


Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
Kos Biaya
Yuran Sekolah + Buku Rujukan  = ( kurang RM 600)
Peluang Ke Ijazah
  • Lulus 2.8 ke atas
  • Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Peluang Kerja
Boleh memohon pekerjaan kerajaan & swasta
Taraf Sijil STPM
A - Level
  • Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
  • Dapat memohon jawatan diploma.
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan universiti di serata dunia
Kiraan pointer
2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma
Pengalaman
Lebih berpengalaman apbila tiba di Universiti
  1. Pengalaman memegang jawatan di sekolah
  2. Pengalaman dalam presentation
  3. Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak
  4. Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya
Jawatan
Ditawarkan jawatan oleh pihak sekolah seperti:
  1. Ketua Pelajar
  2. Ketua PSS
  3. Pengerusi Kelab & Sukan
  4. Majlis Pewakilan Pelajar (MPP )
Kokurikulum
10 % markah Ko akan diambil kira kemasukan ke Universiti
  1. Biasanya pelajar tingkatan 6 mendapat 6% & 7% ke atas
  2. Jawatan Pengerusi, Ketua Kadet, Ketua Pasukan ditawarkan       
Kejayaan STPM
 Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain – lain.


Semoga apa yang kakak kongsikan boleh membantu adik-adik..ayuhhhh!!!!!!! Bangun..perjalanan adik-adik baru bermula...teruskan langkah sehingga sampai ke tempat yang hendak dituju....=)



No comments:

Post a Comment