Wednesday, 7 March 2012

Jom 'start' Rancang Kerjaya!


~ PERANCANGAN MASA DEPAN ~

Assalamualaikum semua....hye adik-adik...! Harapnya semuanyaaa sihat hendaknya...Adik-adik mesti dah sedia maklum, seseorang manusia yang 'enjoy' dengan kerjaya mereka adalah lebih produktif, bermotivasi, bersemangat dan semestinya lebih berjaya dalam kerjayanya...setuju tak??? :) Itulaah sebabnya PENTINGnyaaa untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan minat, bakat dan kebolehan adik-adik supaya adik-adik lebih mudah dan bergembira dengan kehidupan mendatang... Kakak akan mula berkongsi dan memberikan tips-tips yang dapat adik-adik gunakan untuk merancang masa depan! Haaaa...walaupun adik-adik dah ada perancangan kerjaya masa hadapan, tips-tips yang akan kakak kongsikan bersama adik-adik akan membantu adik-adik memilih yang terbaik untuk pilihan masing-masing...syokkk kan?? hehe...;) Sekiranya adik-adik masih lagi runsing untuk memilih sama ada "science stream" atau "arts"...kakak akan membantu adik-adik meneroka semua pilihan yang adik ada dan adik seterusnya dapat memilih kerjaya yang betul-betul sesuai dengan diri adik-adik...

Perancangan Kerjaya adalah suatu kemahiran merancang jangka masa panjang yang dapat membantu adik-adik dalam pendidikan dan peluang-peluang yang ada. Pembinaan kemahiran daripada sekarang akan memberikan satu kepuasan kepada kehidupan adik-adik secara keseluruhannya..Okeyyyy, hope to hear from you soon!!! =)


No comments:

Post a Comment